Dec 4, 2009

BEKAS PENGARAH BTN BONGKAR PENYELEWENGAN KERANA UMNO !!!




Umum tahu BTN dikenali sebagai Biro Tata Negara yang sudah bocor tembelang akan dirombak oleh kementerian terbabit kerana tekanan dari Pakatan Rakyat. Jika tiada tekanan ini bermakna tembelang perkauman, penghinaan dan cemuhan yang diasuh oleh grombolan umnobn mungkin tidak akan bocor sampai bila-bila dan mereka tidak akan merombak modul latihan yang tidak berkualiti itu. Jadi Selangor telah mendahului boikot kursus BTN ini diikuti oleh Pulau Pinang dan mungkin di Perak juga. Kliok bacaan seterusnysa


UMNO MAKIN MEREPUT

Doa adalah rahsia antara hamba dengan Penciptanya. Bahkan agama memang menggalakkan supaya seseorang itu berdoa dengan perlahan-lahan kerana Pencipta manusia adalah Maha Mendengar. Pencipta kita membenci orang yang berdoa dengan suara keras.

Tok Guru Nik Aziz boleh berdoa secara senyap-senyap sahaja supaya orang itu dan parti itu musnah. Orang itu tidak tahu, Hishamuddin tak tahu, Mufti Perak tak tahu, Noh Gadut tak tahu dan profesor-profesor universiti yang menghentam Tok Guru pun tak tahu.

Kita pun tidak tahu. Tahu-tahu, orang itu dan parti itu musnah sahaja andai doa itu termakbul.

Tetapi, mengapa Tok Guru menyebutnya secara terang-terangan? Ada orang parti itu boleh tolong jawab soalan tadi?

Tok Guru ada tujuan tersendiri mengapa perkara itu disebut secara terang-terangan. Kalau dia tidak menyebutnya pun boleh, tak mengapa, tetapi dia mengambil keputusan untuk menyebutnya. Mengapa?

Bagi saya, Tok Guru ingin menyedarkan orang ramai mengenai kejahatan orang itu dan parti itu. Kejahatan orang itu dan parti itu tidak disedari oleh mereka yang mabuk dengan irama dan khayalan yang didendangkan oleh orang itu dan parti itu.

Dendangan orang itu menyebabkan sebahagian Mufti dan ustaz yang menyokong parti itu, juga profesor yang mengampu orang itu dan parti itu terlena, terleka, lalai dan lupa. Mereka lalai dan ralit bahawa parti itu dan orang itu telah, sedang dan akan merampas hak orang lain.

Isunya bukan doa. Isunya ialah orang itu dan parti itu jahat. Orang itu dan parti itu tidak menunaikan amanah. Itu yang ramai orang tak sedar termasuk Mufti, bekas Mufti dan profesor.

Selepas Tok Guru menyebut akan berdoa untuk kemusnahan orang itu dan parti itu, barulah orang itu dan parti itu terkejut besar. Barulah Mufti, ustaz dan profesor yang membodek parti itu terjaga daripada khayalan masing-masing.

Bila isu itu dikaitkan dengan doa, barulah Hishamuddin, Harussani, Noh, profesor-profesor itu terkejut. Wah, rupa-rupanya ada kejahatan yang dibuat oleh orang itu sehingga Tok Guru terpaksa menyebut secara terang-terangan untuk berdoa memusnahkan orang itu dan parti itu.

Itu sebenarnya penangan pengumuman doa Tok Guru tersebut.

Ayoh, mari kita semua berdoa perlahan-perlahan supaya orang itu dan parti itu musnah. Apa macam? Apa kata Hishamuddin? Tok Guru Nik Aziz berdoa secara senyap-senyap, macam mana?

Mana lebih bahaya, doa senyap-senyap dengan doa bising-bising? Nasib baik Tok Guru bising, boleh juga orang parti itu tahu bahawa Tok Guru akan berdoa supaya parti itu lingkup. Kalau dia berdoa senyap-senyap dan parti itu benar-benar lingkup, apa macam?

Orang itu dan parti itu nak salahkan siapa? Bila Tok Guru sebut, bolehlah mereka nak salahkan Tok Guru.

Hah, rupa-rupanya orang parti itu yang sudah lama berpolitik pun tidak tahu membaca silat politik juga. Rupanya banyak silat politik yang orang politik perlu belajar daripada Tok Guru.

Terima kasih Tok Guru.

Dec 3, 2009

TAHNIAH BUAT KERAJAAN SELANGOR, BERANI KERANA KEPENTINGAN RAKYAT


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor bersetuju untuk mengambil tanggungjawab penuh ke atas tindakan mengubah status dokumen laporan akhir kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pada Mesyuarat Exco 18 November lalu, memutuskan bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen itu kerana ia menyentuh mengenai isu tanah yang di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Menurutnya, pegawai lain dalam Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam membuat keputusan itu, oleh itu, mereka tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang-undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini.

“Kerajaan Negeri sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam Kerajaan Pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apa-apa laporan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.
Klik je

Dec 2, 2009

Pemindahan wang secara haram sepanjang 2006 hingga 2009...patut la lesap


Sepanjang tempoh 2006 hingga 2009, sebanyak 114 kes pemindahan wang secara haram direkodkan oleh Bank Negara.

Setakat ini cuma 1 kes sahaja yang diambil tindakan, Bank Negara juga enggan mendedahkan jumlah keseluruhan pemindahan wang secara haram yang berlaku dalam tempoh tersebut.

Kes 1: Mac 2008 melibatkan isteri menteri kanan yang memindahkan RM600 ribu ke Dubai


Kes 2: £3.2 juta pound sterling yang dihantar oleh seorang Tan Sri ke United Kingdom melibatkan seorang bekas menteri.


dan terdahulu, melibatkan Menteri Besar NS yang memindahkan RM10juta keluar negara.

Sumber: Tian Chua

P/S-hmmm...apa lagi nak dikata, yang kaya makin kaya, yang miskin papa kedana, kita rakyat mengangga tengok duit-duit berterbangan ke sana ke mari sedangkan rakyat marhaen tersepit.

Anwar Orang Ke 32 Pemikir Terbaik Dunia


Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.

Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100.

Setelah disemak keseluruhan 100 nama pemikir terbaik dunia, saya tidak terjumpa nama Najib Razak, Mahathir apa tah lagi Abdullah Badawi.

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada Pakatan Rakyat kerana mempunyai pemimpin yang ideanya diakui memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.

Apalah nak jadi dengan Datuk Seri Najib ni. Satu apa pengiktirafan yang positif pun dia tidak dapat.

32. Anwar Ibrahim

for challenging the Muslim world to embrace democracy.

Opposition leader | People's Justice Party | Malaysia


Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar's political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.

He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:

On Muslim countries and the West: You can't just erase a period of imperialism and colonialism. You can't erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.

On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, "Anything revolution -- out!" even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, "Anwar, out of 10 books, can you send back one?" So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, "We should reject this."

On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, "Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?" I say, it depends on the audience. You can't talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere!

Dec 1, 2009

TUDUHAN KES LIWAT DSAI DITANGGUH LAGI.

KUALA LUMPUR, 1 Dis:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 25 Januarai tahun depan sebagai tarikh memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijadual berlangsung selama sebulan sehingga 25 Februari.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah selepas menolak permohonan Anwar untuk mengenepikan kes tersebut.

Hakim memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mengetepikan tuduhan tersebut tetapi Anwar harus membuktikan dakwaan bahawa wujud niat jahat dan konspirasi politik di pihak pejabat Peguam Negara terhadapnya.

Hakim juga memutuskan hanya melalui perbicaraan penuh dapat memastikan seperti dalam pertuduhan sama ada berlaku atau tidak penetrasi pada dubur pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dan terserah kepada pihak pendakwaraya untuk membuktikan wujudnya unsur panetrasi pada dubur pengadu.

Anwar, didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Jika didapati bersalah, Anwar bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun.

Pada perbicaraan pertama 23 November lalu, peguam mewakili Anwar berhujah tuduhan liwat tersebut berniat jahat dan tidak boleh diterima kerana tiada bukti perubatan berlaku panetrasi pada dubur pengadu.

Menurut peguam R.Sivarasa, untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Nov 30, 2009

BTN BUKAN KEMPIN POLITIK UMNO, BAGAIMANA PULA TAHANAN ISA DI KEM KEMUNTING?

Hanyar tak nak bincang pasal ISA. UBN buat kerja salah lagi. Pemimpin UBN lebih teruk dari Chin Peng. Chin Peng mengepalai pembunuhan mengakibatkan hilang nyawa dan mati. Siapa mengakibatkan kumpulan Chin Peng mengganas? Bacalah sejarah yang sebenar.

Pembangunan Insan amat perlu pada setiap negara yang mengamal demokrasi. Berbeza pula dengan UBN terhadap rakyat semasa masih memerintah. UBN mengujudkan BTN dan kekalkan ISA adalah sebagai tembok untuk mempertahankan pemerintahan yang makin lama makin korap.

Baru-baru ini kerajaan Selangor mengambil tanggungjawab supaya yang berkaitan, jangan terlibat menghadiri program BTN. Kerana BTN adalah penghasut serta memecah belah kepada Kerajaan PR dan merosakkan minda.

Semalam secara rambang, Hanyar menemui orang-orang yang pernah menghadiri program BTN, Kebanyakannya dari kalangan guru, kakitangan awam dan pelajar U, 90% mengatakan program itu untuk membunuh minda supaya menilai yang baik kepada buruk dan samalah seperti menghasut kami untuk membenci pembangkang. Klik seterusnya

Nov 24, 2009

AMK CABANG KUALA LANGAT MENYOKONG PENOH TINDAKAN KERAJAAN SELANGOR

Kenyataan yang dikeluarkankan oleh MB Selangor, punca tanah runtoh di Bukit Antarabangsa tahun lalu amat dihargai oleh rakyat negeri Selangor. Sepertimana hari ini, Peguam YB Ysmadi mengeluarkan kenyataan BN terlalu takut pekong mereka pecah hinggakan perkara ini dijadikan Akta Rahsia.
Sementara itu juga, semalam dalam masyuarat AMK Cabang K.Lgt, Penasihat AMK Cabang K.Lgt juga berkata agar perkara ini perlu diwar-warkan kepada rakyat kerana kerajaan sekarang adalah kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Sememangnya kerajaan PR perlu telus mengeluarkan kenyataan yang benar. Kerajaan PR tidak perlu takut dengan sikap BN yang terlalu sombong hinggakan sanggup mengelirukan pendapat rakyat.
Rakyat Selangor yang inginkan perubahan perlu bersatu tegoh memberi sokongan penoh kepada pimpinan kerajaan PR agar terbukti masaalah rakyat yang selama ini diperalatkan oleh BN dapat diselesaikan dan ekonomi rakyat Selangor menjadi lebih setabil. Kenyataan penoh i Klik sini ...

AMK CABANG KUALA LANGAT TELAH KENAL PASTI PENGKIANAT PARTI DALAM PARTI.

Semalam AMK K.Lgt telah bermasyuarat dan sebulat suara akan ketengahkan kepada pimpinan tertinggi dengan segala bukti yang kukuh terhadap pengkianat parti dalam parti. AMK K.Lgt berpegang teguh pada prinsip membujur lalu melintang patah kepada kebenaran untuk rakyat Kuala Langat.
Pada 2 minggu yang lalu Penasihat Parti serta Presiden Parti telah mengingatkan agar semua pimpinan serta ahli-ahli parti perlu bekerjasama untuk memperkukuhkan parti dan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Ramai dari kalangan pimpinan Cabang hadir mengikuti konvensen tersebut. Apa yang dilihat pimpinan Cabang memenuhi syarat untuk menghabiskan wang parti, masa serta tenaga.
AMK K.Lgt akan terus memantau orang-orang yang bermuka-muka pada parti, tetapi dengan kuasa yang ada menjadi pengkianat parti untuk rakyat.
AMK K.Lgt menasihatkan agar semua pimpinan Cabang maupun dari Ranting memahami perlembagaan parti yang memiliki garis panduan.
Parti yang menjadi kerajaan di Negeri Selangor hari ini, adalah kehendak rakyat mejoriti. Kerana rakyat mejoriti mahukan perubahan menjadi kenyataan.
Kepada rakyat yang sayangkan kerajaan PR, untuk terus menjadi kerajaan berkebajikan, dinasihatkan/menyeru agar hantarlah maklumat, setiap salah laku orang berkepentingan yang berjawatan dalam PKR kepada AMK K.Lgt dengan berhemah melalui SMS, EMAIL ataupun bersurat.